Jerawat lebih dianggap sebagai satu ciri keremajaan kerana biasanya bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas.
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.
Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.
Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah.
Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial.
Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.
Penyebab Jerawat :
Penyebab sebenarnya mengapa seseorang mempunyai jerawat dan yang lain tidak punya masih belum diketahui secara menyeluruh.
Namun ada beberapa faktor yang menyebabkan jerawat ialah:
• Stress
• Keturunan dari orang tua
• Aktiviti hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan;
• Kelenjar minyak yang hiperaktif;
• Bakteri di pori-pori kulit;
• Iritasi kulit
• Anabolic steroid
• Pil pengontrol kelahiran namun banyak wanita mengalami penurunan munculnya jerawat semasa pemakaian pil
• Berada dalam lingkungan dengan kadar chlorine yang tinggi, terutama chlorinated dioxins, yang menyebabkan jerawat serius yang disebut Chloracne.
Cara Merawat @ Mecegah Jerawat :
Sentiasa mencuci kulit dengan air dan Pencuci Muka yang sesuai atau gunakan Sabun Ratuku Puteh,
Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.
Amalkan pengambilan Ratuku Puteh Day and Night Cream membantu mengecutkan dan menghilangkan jerawat.

.jpg)

No comments:
Post a Comment